Monday, 19 August 2013

ASALAMMUALAIKUM.... kami warga PDK SAN PENG (PENYELIA,PETUGAS DAN PELATIH)mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri .

Friday, 2 August 2013

AKHBAR UTUSAN 25/05/2011

PDK San Peng kini lebih selesa, selamat kepada pelatih

nafesah Raja Nong Chik (kiri) bermesra dengan pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti selepas merasmikan Bilik Multi Sensori serta Bilik Augmentatif dan Komunikasi Alternatif di Jalan San Peng, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 24 Mei - Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) San Peng menerima sumbangan sebanyak RM8,500 daripada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk menaik taraf pusat tersebut.
Isterinya, Datin Nafesah Raja Nong Chik yang menyampaikan sumbangan tersebut berkata, sumbangan itu bagi menampung kos memasang pintu sekatan dinding separuh kaca serta penghawa dingin di PDK tersebut.
Beliau yang mewakili Program Semai Bakti di bawah Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) dan Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) berkata, usaha itu adalah bagi meningkatkan keselesaan dan keselamatan pelatih-pelatih di PDK tersebut yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja kurang upaya.
Nafesah berkata demikian selepas merasmikan Bilik Multi Sensori (MSR) dan Bilik Augmentatif dan Komunikasi Alternatif (AAC) yang telah dinaik taraf di PDK tersebut di sini hari ini.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Noormah Abdul Rauf dan Pengerusi PDK San Peng, Baharudin Husain.
PDK San Peng yang mempunyai kira-kira 30 pelatih dan empat petugas itu telah mendapat perhatian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan JKM selepas lawatan pertama Nafesah ke pusat itu pada 18 Mei tahun lalu.
Susulan itu, pelbagai kemudahan disediakan serta penambahan kelas kepada tiga buah kelas berbanding dua kelas sebelum ini.
Nafesah berkata, Semai Bakti mempunyai banyak program untuk golongan itu dalam usaha menjadikan mereka boleh berdikari sehingga mampu mengadakan lebih banyak aktiviti.
Beliau juga mahu melihat lebih banyak penglibatan ibu bapa dalam program-program yang diadakan kerana ia melibatkan anak-anak mereka.
Pada majlis yang sama juga, beliau turut menyampai sumbangan kepada tiga orang pelajar cemerlang dari kawasan Sri Sentosa, Lembah Pantai.

Thursday, 1 August 2013

AKHBAR UTUSAN 19/05/2010

PDK San Peng perlu kelas lebih luas untuk pelatih

KUALA LUMPUR 18 Mei - Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) San Peng di sini memerlukan ruang yang lebih besar bagi membolehkan lebih ramai pelatih diambil.
Penyelia PDK San Peng, Malia Omar berkata, pada masa ini, pihaknya terpaksa menolak pendaftaran ramai pelatih kurang upaya kerana ruang kelas yang terhad.
"Hampir setiap tahun kami menerima banyak pendaftaran pelatih baru tetapi keadaan kelas yang kecil membataskan pengambilan pelatih yang ramai.
"Pelatih yang diterima mendaftar adalah berumur antara tiga hingga 45 tahun. Para petugas di sini pula ada empat orang," katanya selepas menerima kunjungan isteri Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datin Nafesah Nong Chik.
PDK San Peng beroperasi di Kompleks Sri Selangor sejak tahun 1993 di bawah seliaan Wisma Harapan sebelum diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 2007.
PDK itu kini mempunyai 30 orang pelatih terdiri daripada kaum Melayu dan Cina.
Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat, Fairuzatasya pula berkata, JKM memang bercadang untuk memindahkan PDK San Peng kepada lokasi yang lebih luas dan selesa.
"Kami sentiasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh setiap pelatih, namun pada waktu ini, kita menghadapi kesukaran mencari tempat yang sesuai," katanya.
Sementara itu, lawatan di bawah program Semai Bakti itu adalah yang pertama di PDK San Peng dan keenam di bawah program tersebut.
"Lawatan ini bertujuan mengetahui dan melihat sendiri pengendalian PDK, selain untuk memberi sokongan moral kepada pelatih, keluarga dan petugas pelatih," kata Nafesah.
Turut hadir pada lawatan tersebut ialah Pengerusi Puspanita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datin Seri Norkhayati Hashim dan Pengarah JKM Kuala Lumpur, Noormah Datuk Abdul Rauf.
Nafesah turut menyampaikan hamper dan wang tunai kepada setiap pelatih di situ dan menyaksikan persembahan tarian oleh para pelatih PDK San Peng.

HUBUNGI KAMI


LOGO PDK


PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

PENGENALAN
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini.
Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU).
Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa.

OBJEKTIF :
  1. Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya (OKU).
  2. Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tempatan untuk pemulihan OKU.
  3. Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keaadaan setempat.
  4. Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.
  5. Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU
Program ini diwujudkan sebagai program alternatif kepada perkhidmatan pemulihan di institusi. Satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk golongan orang kurang upaya (OKU) menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat.
Program ini memerlukan penyertaan dan penglibatan aktif OKU, ibu bapa/keluarga/penjaga dan masyarakat setempat dengan memaksimumkan penggunaan sumber tempatan yang sedia ada dalam komuniti. PDK juga merupakan satu pendekatan pembangunan ke arah sokongan dan kesedaran masyarakat dalam membantu OKU untuk mengecapi taraf hidup yang lebih selesa.
Program ini bukan sahaja “cost-effective” tetapi juga dapat memberi liputan yang lebih luas kepada lebih ramai orang kurang upaya.  Di samping itu, ianya juga dapat mengeratkan hubungan keluarga di mana orang kurang upaya tidak perlu dipisahkan dari keluarga dan masyarakat mereka semasa menjalani pemulihan.  Selain itu, ibu bapa/keluarga/penjaga dan masyarakat dapat didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan kaedah pemulihan.
Terdapat 9 buah PDK di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang memberi manfaat kepada orang kurang upaya.
BILPDKNAMA PENYELIAALAMAT
1PDK PETALINGAZMAH BINTI NORDINPDK PETALING
NO29 JALAN2/151A
TAMAN SURIA BT 6 ½ JLN PUCHONG
KUALA LUMPUR
TEL:03-77836358
2PDK SAN PENGMALIA BINTI LONGPDK SAN PENG
NO 22-B KOMPLEKS SERI SELALNGOR TKT 2 JLN SAN PENG
55200 KUALA LUMPUR
TEL:03-992210630
3PDK KIUAZLIANA BINTI ALIPDK KIU
NO 7 JALAN WIRAWARI 8 TAMAN MALURI
55100 KUALA LUMPUR
TEL:03-92815011
4PDK LEMBAH PANTAISHARIFAH UMAIMAH BINTI ABDULLAHPDK LEMBAH PANTAI
NO 31 & 32 JALAN PANTAI PERMAI 3
LEMBAH PANTAI 59200 KUALA LUMPUR
TEL: 03-22409236
5PDK AL MAWADDAHNORIZAN BINTI ABDULLAHPDK AL MAWADDAH
KEM MARKAS MEDAN TENTERA DARAT
KEM SG BESI
57000 KUALA LUMPUR
TEL:03-90867200
6PDK 4 DIVISYENSYARIFAH ANUM BINTI SYED ABD HADIPDK KEM WARDIEBURN 4
DIVISION KEM WARDIEBURN 53300 KUALA LUMPUR
TEL: 03-90867200
7PDK TITIWANGSANO’RAINI BINTI MOHAMMEDPDK TITIWANGSA
NO 157 JALAN PERTIWI
TAMAN MALURI
55100 KUALA LUMPUR
8PDK PERMATAHERESURIATI BINTI KAMARUDDINPDK PERMATA MAB
KOMPLEKS MAB JLN TEBING OFF JALAN TUN SAMBANTHAN 50470 KUALA LUMPUR
TEL:03-22722672
TEL:22722677
TEL:22722679
FAX:03-22722676
9PDK PUTRAJAYATIADAPDK PUTRAJAYA
BLOK E,NO 2, JALAN P 14,
PRESINT 14,62050,PUTRAJAYA.
TEL : 03-88903717
FAX : 03-88903717